Friday 22 November 2013

Introduction

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kami pelajar daripada 1 BITD S1G2 telah diberi tugasan untuk membina sebuah blog yang mana mengandungi tajuk-tajuk daripada pembelajaran organisasi dan senibina komputer.Blog ini bertujuan untuk berkongsi maklumat,nota tambahan,dan penerangan mengenai tajuk-tajuk yang telah kami pilih.

Terlebih dahulu kami ingin menerangkan serba sedikit mengenai organisasi dan senibina komputer.Senibina ialah reka bentuk konsep dan struktur pengendalian asas sesebuah sistem komputer.Senibina ini merupakan rangka tindakan dan perihal fungsi keperluan dan pelaksanaan reka bentuk untuk setiap bahagian komputer, terutamanya cara unit pemprosesan pusat(CPU) berfungsi secara dalaman dan mencapai alamat dalam ingatan.

Senibina komputer juga ditakrifkan sebagai sains dan kesenian pemilihan dan penyambungan komponen-komponen perkakas untuk menghasilkan komputer yang berfungsi.

Akhirnya,pengenalan mengenai kumpulan kami.Kumpulan ini dianggotai oleh

Mohd Syukri Mat Lazim                       B031310013
Mohamad Hazarul Hazrin                   B031310478
Muhamad Shahmi                                 B031310227
Muhammad Arif                                     B031310411
Mohd Fareezul Naim                            B031310203

Kami berharap blog ini dapat membantu kita semua lebih memahami tajuk-tajuk di dalam organisasi dan senibina komputer,insyaallah.